DOA 1 MUHARRAM, AWAL DAN AKHIR TAHUN
ARSIP HIJRAH
- Bulan Muharram merupakan bulan yang pertama dalam tahun baru Islam (tahun
Hijrah). Sebelum baginda Rasulullah SAW. berhijrah dari kota Makkah ke Yathrib,
waktu perkiraan bulan masih dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrahnya baginda
Rasulullah SAW. memberi kesan yang sangat besar kepada Islam.
Pada
dasarnya, Muharram mempunyai makna/ maksud ‘dipantang’ atau ‘diharamkan’, yaitu
Allah SWT. melarang dalam melakukan pertumpahan darah atau peperangan. Akan
tetapi larangan dari Allah SWT. ini ditamatkan (ditutup) setelah pembukaan kota
Makkah “lihat (Al Baqarah: 91)”.
Muharam adalah
bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari
Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah
memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah,
ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada
asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan
ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu,
umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan
larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab
mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Saudara
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati oleh Allah. Kita pastinya akan memasuki 1
Muharram atau Tahun baru Islam (Hijriyah). dan juga mengakhiri bulan
Dzulhijjah. Ada doa yang sangat dianjurkan dalam menyambut akhir tahun
Dzulhijjah dan Awal tahun baru Islam/ 1 Muharram, untuk di baca oleh kita
seperti berikut ;
Amalan-amalan
sunat:
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Ø Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Ø Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Ø Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Ø Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat
belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
- Ø Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Ø Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Ø Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Ø Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Ø Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Ø Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Ø Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Ø Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Ø Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Ø Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Ø Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Ø Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Ø Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Ø Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Kisah Hijrah
Rasulullah (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat
Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira.
Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai
rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan
Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda
menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda
segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah.
Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman
daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan
teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan
pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika
itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan
harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas
berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang
membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada
Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT
mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar
as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat
saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW)
walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah
(SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur
di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat
melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar
menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW)
bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW)
keluar dari rumah itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah
pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa
tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,
Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu
Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka
berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari
Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW)
dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh
benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua
insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian
meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr
(as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka,
Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke
Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit
dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa.
Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah
dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa
yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya
gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW)
dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan
gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan
kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan,
penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita
mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru
memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum
tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu
yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW)
akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk
menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah
Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka
sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina
sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan
umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah
ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa
bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.
Tentang
Kaabah:
Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi.
Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf.
Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.
Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini.
Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi.
Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf.
Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.
Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini.
Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh
malapetaka seperti bah selain serangan manusia?
Nama-nama
Ka’bah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi
yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
Nama-nama lain adalah:
- Ø Bait ul Ateeq – bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
- Ø Bayt ul Haram – rumah dihormati.
- Ø Kaabah dibina semula 12 kali.
Ka’bah
dibangun antara lima hingga 12 kali.
Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as).
Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk
manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
– Dinding Timur adalah 48
kaki dan 6 inci
– Dinding Hatim adalah 33 kaki
– Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
– Dinding Barat adalah 46.5 kaki
– Dinding Hatim adalah 33 kaki
– Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
– Dinding Barat adalah 46.5 kaki
Selepas ini berlaku beberapa dibangun kembali sebelum
masa Rasulullah (SAW). Nama-nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

